Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Bentan???

Farah Waheda Wahid
26
Source Extracted from Google
Semenjak dua menjak lepas bersalin ni kan??? Asyik bercerita tentang bersalinlah, pantanglah dan yang sekitar waktu dengannya...ahaksss... al-maklumlah "fresh from oven" katanya... wakakakaka... Ni lagi satu, nak cerita pasal bentan... sebab sana sini sinun dengar tentang perkataan bentan dan semua orang dok suruh jaga diri jangan sampai bentan.... Yelah, nasihat yang baik kita terimalah dan ikutlah kalau tak nanti mudarat pada diri siapa yang susah ye tak??? *_^... 

Bentan??? Apa tu??? Menurut artikel INI

Dalam masyarakat Melayu, sering kita dengar, wanita selepas bersalin kena bentan, begitu juga dengan kanak2 yang baru lepas bersunat. Jika tidak dijaga betul2 dalam tempoh pemulihan, mereka boleh diserang bentan. Lebih membimbangkan, ada banyak juga wanita yang baru bersalin maut akibat bentan. Apakah sebenarnya bentan? Sejauh mana wanita benar2 faham dan tahu mengenai penyakit itu? 

Jika dirujuk pakar perubatan, bentan tidak pernah disebut dalam mana2 jurnal perubatan. Ia adalah situasi yang berlaku kepada wanita selepas bersalin akibat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing berpunca daripada sikap sambil lewa atau tidak prihatin mereka terhadap tahap kesihatan dan kebersihan diri sehingga berisiko tinggi untuk jangkitan kuman. 

Lazimnya, wanita selepas bersalin lebih senang mendapat jangkitan kuma kerana berlaku perubahan hormon. Sepanjang tempoh itu, banyak perkara yang patut diambil kira, jangan terlalu taksub untuk mengikut petua orang tua2 atau kaedah tradisional yang banyak pantang larangnya. Contohnya, ketika dalam pantang, wanita tidak boleh terlalu banyak berjalan, turun naik tangga, minum air banyak, suhu badan terlalu sejuk dan tidak boleh makan makanan sebarangan.

Ada antara petua orang tua2 membantu memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin dengan cepat, namun ada antaranya yang tidak begitu baik dan relevan sehingga boleh memudaratkan. Misalnya, kononnya minum air terlalu banyak takut perut menjadi buncit dan mengembang. Sebenarnya itu adalah persepsi yang salah kerana jika minum air sikit boleh menyebabkan kawasan faraj menjadi kering dan kurang buang air kecil serta air kencing menjadi kotor. 

Apabila ini berlaku, jangkitan kuman pada bahagian faraj dan jika tidak dirawat ia boleh merebak masuk ke dalam darah sehingga memudaratkan dan membawa maut. 

Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr. Sofiah Sulaiman, ketika diajukan mengenai isu bentan, berkata memang tidak ada istilah bentan dalam kamu perubatan, namun ia sebenarnya bersangkutan mengenai jangkitan kuma kepada ibu selepas bersalin jika mereka tidak mengamalkan penjagaan kesihatan dengan betul. 

Katanya, wanita selepas bersalin memang mempunyai potensi diserang jangkitan kuman pada rahim, faraj, pundi kencing atau darah septicaemis jika tidak melakukan penjagaan lebih rapi. Sepanjang tempoh pemulihan itu, katanya, imunisasi wanita adalah sangat rendah, jika mereka ambil mudah dari segi dalam penjagaan diri, jangkitan kuman mudah terjadi. 

Dalam tempoh berpantang, darah nifas yang banyak keluar boleh menyebabkan jangkitan kuman jika wanita tidak kerap menukar tuala wanita. 

"Mereka juga seharusnya lebih banyak minum air, jaga kebersihan, lebih kerap menukar tuala wanita atau melakukan rawatan segera pada jahitan yang terbuka pada tempat peranakan untuk mengelak jangkitan kuman. Penjagaan lebih rapi di bahagian peranakan amat penting, termasuk untuk mengelak jahitan terbuka dan jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kuman mudah berjangkit. 

Selain itu, jika kurang minum air, boleh juga menyebabkan kawasan pundi air kencing menjadi kering hingga menyebabkan ia mudah dijangkiti penyakit. 

Jangkitan kuman berlaku di mana2 bahagian peranakan dan faraj wanita itu, yang kemudian merebak sehingga ke dalam saluran darah serta menyerang organ lain dalam badan seperti buah pinggang menyebabkannya tidak berfungsi atau berlaku komplikasi penyakit lain," katanya. 

Pada masa sama, beliau menegaskan, dalam tempoh berpantang, wanita juga memerlukan penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul bagi mengelak jangkitan kuman. Jelasnya, sekitar tahun 1960-an, jangkitan kuman adalah pembunuh nombor 1 bagi wanita selepas bersalin. Ia berlaku disebabkan pada waktu itu, pengambilan antibiotik tidak diberi penekanan. 

"Malah, negara mundur juga mengalami masalah sama. Jangkitan kuman menjadi pembunuh nombor 1 wanita selepas bersalin. Pada era itu, ramai wanita bersalin di rumah dan bukan di hospital. Mereka mengamalkan rawatan cara sendiri atau tradisional serta mungkin juga disebabkan kurang penjagaan kesihatan serta kebersihan.

Bagaimanapun, dewasa ini, rekod wanita yang kena jangkitan kuman atau mati akibat jangkitan kuman tidak begitu serius kerana mengambil ubat antibiotik," katanya.

Dr. Sofiah berkata, ada juga wanita yang disebabkan terlalu taksub untuk menjaga bentuk badan selepas bersalin tidak mengamalkan diet pemakanan yang betul dan kurang minum air menyebabkan mereka lebih berisiko dijangkiti kuman. 

"Wanita perlu makan makanan berkhasiat untuk mempercepatkan proses pemulihan, minum air banyak, lebih kerap menukar tuala wanita dan paling penting segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan termasuk mendapatkan antibiotik," katanya. 

Sebagai langkah pencegahan menghalang komplikasi yang lebih serius terhadap penyakit lain, wanita yang mempunyai tanda seperti demam panas, sakit pinggang teruk dan berterusan, pendarahan melampau, perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. 

"Isu bentan tidak seharusnya dipandangan ringan. Ia bukan saja punca kematian selepas bersalin, malah boleh menyebabkan pendarahan melampau selepas bersalin, darah tinggi ketika mengandung dan darah beku," katanya.

Gitewlah dia cerita tentang bentan "uols"...jadinya pada ibu2 yang baru bersalin dan bakal bersalin, sama2lah jaga kesihatan diri dan juga kebersihan diri supaya tak sampai jadi atau dapat bentan ek??? 

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sy dulu pantang tak ikut sgt petua org tua... mana yg saya rasa elok sy ikut...

    ReplyDelete
  2. masa berpantang nie kenalah pantang betul2 kan..kata orang2 tua..ditakuti bentan pulak...by the way thanks farah share tentang apa itu bentan..

    ReplyDelete
  3. nice sharing kak farah..tb bise dgr jee pekataan tuh..tp xtau pon sbnrnye ape..hehe sbb ibu tb ske sebut

    ReplyDelete
  4. hari nie dpt satu ilmu..kita first time dgr..wlaupun kita blm kawin apatah lgi hamil.perlu taw juga mengenai info nie..thank's sis farah nice info..klik2 ;)

    ReplyDelete
  5. petua orang tua - tua ni , yg sesuai tu ikut lah . badan setiap org tu x sama ketahanannya ...

    ReplyDelete
  6. bukan setakat jaga pemakanan jer dik...mental dan emosi pun kena jaga..jangan ada unsur2 negative yang menyapa emosi dan fikiran kita....

    ReplyDelete
  7. mak sy pulak kata,kalau byk minum ayaq masa dalam pantang tu..nanti alat sulit kita terlalu berair dan nanti bila bersama suami,'lecak' la longgaq la....hmm...sy ttp minum ayaq byk.dahaga kot.sy mmg jenis minum ayyaq banyak.lepas pantang tu,kita kena la pandai2 cari supplemen utk rawat 'dalaman' kita..bukan nak ingkar kata mak..tapi yala..kita la n i dh terdedah dgn mcm2...buku,intnt,mcm2 la yg tmbh ilmu kita.tak sama mcm dulu..samala cm cara jga baby pon.kena bg minum ayaq masakla kat baby la...boleh campuq mkn nestum dah la..padahal baby tu masih lg dlm pantang.kat ctu la kita kena bijak lak nak cerita kat mak kita supaya depa paham n tak kecik hati ka apa ka...depa jugak yg hantaq kita p sekolah n jd pandai kan?hehehehehe..

    ReplyDelete
  8. @msredcheesecake

    kalau pantang sendiri mungkin senang untuk tak ikut sangat dear, tapi kalau pantang dengan mak yang sentiasa ada depan mata, kena cari words betul2 untuk explain supaya dia faham... ^_^

    ReplyDelete
  9. @Kisah Si Dairy

    yang mana untuk kebaikan diri sendiri eloklah kita ikut kan kak eda?

    ReplyDelete
  10. @Asha Lya

    syukran sekurang2nya dapat juga ilmu dari entri akak... ^_^ happy for you...

    ReplyDelete
  11. @Qaseh Wee

    betul tu setiap orang berbeza2 ketahanan badan...

    ReplyDelete
  12. @Amanda Suria

    Alhamdulillah setakat ni tak ada unsur2 negative kak kecuali unsur kegelapan yang satu tu jer... muahahahaha...entah bilalah nak terang ye tak?

    ReplyDelete
  13. @Noor Suraya

    mama saya pun cakap benda yang sama dear, lepas tu doktor pula suruh banyakkan fluid, acaner tu... he he he...kenalah explain elok2 dan baik2 ye tak, nanti takut ada yang kecik hati dan makan hati pula...

    ReplyDelete
  14. ngilu rasanya kalau kena bentan....sakitnya.....

    ReplyDelete
  15. berguna ilmu ni untuk saya dimasa depan. hehehe

    ReplyDelete
  16. Nkncepat sihat mmg knalah berpntang betul2.. Utk kesihatan kita juga...

    ReplyDelete
  17. @Ainim Suju

    betul betul betul, kaut ilmu sebanyak yang boleh ainim... *_^ sok sok senang...

    ReplyDelete
  18. @Maria Firdz

    betul tu, kalau nak cepat rasa kuat dan sihat memang kena pantang betul2...

    ReplyDelete
  19. yup,masa berpantang nih memang kena banyak minum air.IbuNoey masa berpantang anak pertama,sangatlah dijaga oleh MIL pasal pngambilan air..dahaga weyh..nasib baikla tak kena bentan..

    ReplyDelete
  20. pernah dengar.. masa kakak-kakak Ros bersalin dulu. mak selalu pesan macam-macam.. untuk kebaikan mereka jugak kan :)

    ReplyDelete
  21. banyak pantang larang masa bersalin..huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !