Home » , , , , , , , , , , , » Rempah Sup Homemade Pula!!!

Rempah Sup Homemade Pula!!!


Hari tu dok bercita2 nak menggiling rempah kari sendiri kat entri INI kan??? Wakakaka, tak sempat nak giling lagi lah "uols"... tunggulah sok2 bila dah lepas bersalin dan dah sihat betul2 selepas "confinement"... baru nak "explore" lagi bab2 dapur ni... cumanya nak cerita sikit tentang menu hari ni, Sup Tulang...bukan nak kongsi resipi macam mana nak masak Sup Tulang... 

Semangat pagi2 buta lagi dah merebus tulang "uols"... petua nak empukkan daging boleh dirujuk serta diguna pakai melalui entri INI....minggu lepas rasanya baru masak Sup Tulang, minggu ni masak lagi...la la la la... ni namanya nak makan puas2 sebelum berpantang 100 hari "uols"... harap2 tak adalah nanti nampak orang makan dok terliur pula kan??? (sila tahan nafsu makan yer... berkata2 kepada diri sendiri)... Ye lah, mana boleh berkuah2 sangat macam Tsunami kalau dalam pantang mengikut piawaian mama saya...ha ha ha... 

Tengah rebus2 tulang tu bila daging dah empuk, dengan "confident"nya nak teruskan aktiviti menyiapkan Sup Tulang tu lah kan??? Nak tau apa yang kurang??? Sekalinya tak beli Sup Bunjut la pula.... ataupun Rempah Sup Serbuk tu, nak keluar terasa malas yang amat, lagipun dah katanya "bed rest" tak bolehlah nak berjimba sangat keluar ke sana ke mari... ekekekeke... ni pun main masak2 ni nak hilangkan rasa bosan sekejap... la la la la... 

Habis tu nak buat macam mana? Apa alternatif??? Tulang dah rebus??? "Suddenly" mama kata, tak payah susah payah, buat jer Rempah Sup Homemade... ok..... akak tak pernah buat Rempah Sup sendiri dan memang tak pernah terfikir pun nak buat Rempah Sup sendiri.... dan dengan tak semena2 meng-GOOGLE macam mana nak buat Rempah Sup sendiri...wah best2, "knowledge" baru ni... Nasib memang bekalan rempah ratus segala jenis bunga lawang, bunga cengkih tu dalam stok kat rumah ni.... senang cerita... Kami memang simpan segala jenis rempah2 tu, sebab memang sentiasa masak kan??? Kalau nak guna senang dah ada....  

REMPAH SUP BUNJUT

Bahan2:
5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang

Cara Membuatnya:
1. Cuci bersih semua rempah. Masukkan rempah dalam 1 helai kain kasa.
2. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
3. Sup bunjut sedia digunakan.

REMPAH SUP DAGING

Bahan2:
5 biji buah pelaga
1 sudu lada hitam
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum bunga cengkih
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih 
1 isi buah pala

Cara Membuatnya
1. Cuci bersih semua rempah, tumbuk atau kisar halus.
2. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
3. Sup bunjut sedia digunakan. 

Dikatakan kombinasi sup berbeza mengikut jenis masakan, tambahan lebih kayu manis digunakan untuk membuat sup daging lembu/kambing. Kurangkan kayu manis bagi membuat sup ayam dan sup sayur. Tambahkan daun bay @ daun salam, buah keras dan bunga kering berbentuk panjang (tidak diketahui namanya) untuk sup ikan. 

Kredit: SINI

Akhirnya hari ni siaplah Sup Tulang yang diidam2kan tu seperti gambar di atas... selamat dah pun masuk ke dalam perut... Ok juga, boleh tahan rempah sup buat sendiri ni "uols"... "Next time" kalau "time2" darurat tak payahlah kalut nak ke kedai beli rempah sup kan? Boleh buat sendiri jer giteww.... *_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Rempah Sup Homemade Pula!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, November 20, 2013.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

53 comments:

  1. pas ni rajinla sis buat sup2 nie kan hihi

    ReplyDelete
  2. Okje buat sup tak pernah pun letak sup bunjut tu Farah ...kalau ada letaklah tapi kalau tak de tak letak...Sama le pakai rempah ratus yg mana ada je....sedap jugakkan...

    ReplyDelete
  3. senang kan semua dah tersedia kat rumah..at least kalau terdesak,boleh la guna...nasib baik internet di hujung jari..

    ReplyDelete
  4. Tadi baru makan sup .. Ibu punya kes sama macam kak farah , sup bunjut tetibe takde tadi

    ReplyDelete
  5. sedap la pulak bila terfikir..ibu sally jarang pakai sup bunjut...dia kata membazir..hahaha

    ReplyDelete
  6. kalau nina masak,apa2 barang y ada kat rumah tu semua campak masuk untuk masak.

    ReplyDelete
  7. senang msk sup
    tp bahan2 tu cam rumit je...huhu

    ReplyDelete
  8. wah..boleh jimat duit kalau buat rempah sendiri

    ReplyDelete
  9. Serius tak pernah tau rempah sup ni sebenarnya boleh buat sendiri.. Hehe.. Nasih Farah share kat sini.. Bertambah lagi ilmu masak memasak iols.. yeay! ^_^

    ReplyDelete
  10. tak rajinlah nak buat sendiri rempahnya.. hihih

    ReplyDelete
  11. sedapnya!!!! resepi keluarga ke ? hehe

    jemput datang ke website baru saya ===> http://syokbah.com/

    ReplyDelete
  12. mak saya slalu bising suh belajar buat rempah sup sendiri... tapi hehehe mls... sure lagi sedap buat sendiri kan..

    ReplyDelete
  13. kalau buat sup ni tak kira sup tulang atau daging atau ayam, memang tak sedap kalau takda sup bunjut kan dear.

    ReplyDelete
  14. air tangan sendiri lagi sedap yea Farah....akak baru makan sup ayam.guna kiub jer tapi campur dengan remaph ratusnya sekali...meletops...

    ReplyDelete
  15. takde la rumit mana pun kan sebenarnya... ilmu baru jugak ni.. hehe.. tq kak Farah.

    ReplyDelete
  16. @Asha Lya

    lepas ni maknanya 2 bulan akan datang... or 100 hari akan datang sebab dalam cuti berpantang cuti masak jugak...ekekeke...off from the kitchen....

    ReplyDelete
  17. @hainom OKje

    ha ah OKje tak dinafikan memang sedap juga, tak perlu sup bunjut pun tak apa sebenarnya...

    ReplyDelete
  18. @Kisah Si Dairy

    itulah kak, itulah gunanya letak stok kat rumah.... dan itulah gunanya kemudahan teknologi di hujung jari kan?

    ReplyDelete
  19. @are_lin@yu

    tak taulah sendiri masak sendiri tak ley angkat bakul yang...kena orang lain rasa baru boleh puji...ekekeke...

    ReplyDelete
  20. @Sally Samsaiman

    kalau boleh buat sendiri apa salahnya kalau harga sup bunjut tu 70 sen dah jimat jugak kan?

    ReplyDelete
  21. @julia jamaludin

    julia duduk saja kat rumah tak buat apa2 pun boring juga, jadi sementara cuti dan ada masa serta tenaga ni buatlah apa yang patut... ^_^

    ReplyDelete
  22. @Nina Maslizza

    wah nina ni mesti pandai masak ni, nanti bolehlah kongsi recipe yer...

    ReplyDelete
  23. @nadeafaudzi

    cubalah jangan tak cuba, mana tau menjadi ker?

    ReplyDelete
  24. @Ainim Suju

    kalau betul2 pandai mesti dapat jimat duit kan adik?

    ReplyDelete
  25. @Rosmiza Ali

    sama2 kita sharing Mieza, apa yang baik kan? untuk kita semua, that's what friends are for....

    ReplyDelete
  26. @Monyet Rimau

    bukan resipi keluarga lah awak, resipi google....

    ReplyDelete
  27. @Kenit Cinonet

    ha tulah, sup bunjut ni penambah rasa dan perisa, sebab tu sebab terdesak buat rempah sendiri...

    ReplyDelete
  28. @aisya

    kalau dah tahu dan dah biasa semua jadi mudah kan dear???

    ReplyDelete
  29. kalau rara mmg beli je.hahaha.xsanggup nk buat sendiri ni.hehehehe

    ReplyDelete
  30. klu mak sy mmg biasa buat rempah sndiri, tak guna yg kedai.. rasanya memang terbaik.. :)

    ReplyDelete
  31. sup tulang kalo makan dgn telor dadar mmg sedap ^_^

    ReplyDelete
  32. mak ena mmg suka buat rempah sup sendiri
    lg sedap rasanya kan

    ReplyDelete
  33. @Cik Puan Rara

    ini sebab terdesak ni rara dan malas nak pergi kedai...hik hik hik...

    ReplyDelete
  34. @Maria Firdz

    orang2 tua memang suka buat sendiri...dan mereka lebih puas hati dengan cara ni maria...

    ReplyDelete
  35. @QasehnyaRania

    CikSu selalu buat sendiri tak? heee... ni terdesak ni CikSu buat sendiri ni...

    ReplyDelete
  36. nmpk menyelerakan.. pedas x ni? kalo mkn sup pedas2, panas2.. mmg bestt.. lagi2 time demam.. haha

    ReplyDelete
  37. Selamat hari raya 2015...terima kasih share.....kalau buat sendiri dh jimat belanja...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia