Home » , , , , , » Pantang Jumpa Cermin???

Pantang Jumpa Cermin???

Source Extracted from Google
"Pantang jumpa cermin..."... itulah yang terpacul dari mulut "betterhalf" saya bila nampak ada seorang "staff" perempuan hospital yang lalu di depan pintu bercermin...biasalah perempuan kan??? Adat kot??? Lalu depan apa saja yang boleh membiaskan imej diri mereka mesti nak tengok... eh ni ngaku ni, saya sendiri macam tu tau... dah alang2 lalu depan cermin kan??? tak kiralah depan cermin ke, depan cermin tingkap kereta ke, selagi boleh nampak biasan imej diri sendiri mesti kalau tak tatap kerling juga...muahahaha... tak banyak sikit nak jugaaaaa..... *_^...tapi tak adalah sampai kes teruk sangat, setiap kali jumpa cermin macam jakun... itu dah lain namanya...

Boleh tak kita buat pepatah "Perempuan & Cermin Tidak Dapat Dipisahkan"??? Hik hik hik hik... tapi tak dinafikan ada juga perempuan yang tak kisah pun dengan cermin2 ni.... asal boleh jer jalan.... dah tengok sekali dah, tak payah nak tengok berkali2... sampai orang2 lelaki macam "betterhalf" akak pun hairan dengan orang perempuan ni...sampai disuruhnya buat entri ni lah...ahaksss... 

Pening juga nak menjawab kenapa perempuan ni suka sangat dengan cermin, tapiiii.... terbaca di SINI dan saya "re-post" sedikit intipatinya... 

Fakta #1 - Perempuan Lebih Kerap Ke Tandas
Kadang kala bukan untuk membuang hajat atau apa pun. Mereka gemar ke tandas kerana di situ terletaknya cermin. Nampak tak kaitan cermin dengan perempuan? Perempuan bila dah jumpa cermin segala inci diri dia nak tengok lagi2 "part" tudung ataupun rambut. 

Komen: Pendapat peribadi, diri sendiri kalau rasa tak perlu memang malas nak masuk tandas... he he he...dan memang jaranglah nak belek diri sendiri depan cermin bila masuk tandas...habis2 tinggi lepas keluar dari tandas, cuci tangan dan kerling sikit2 jer depan cermin... (tengok jugak kan?)...Tak adalah gemar ke tandas pun... Ke tandas bila perlu jer... 

Fakta #2: Perempuan Bersiap
Perempuan bila bersiap ke majlis ataupun hanya ke pasar kebanyakannya mengambil masa yang lama. Kalau "uols" nak tau, perempuan bila bersiap depan cermin memang lama sebab kalau tak kena sikit habis semua dia tukar. Kadang2 sampai pecah cermin tu sebab tak puas hati.

Komen: Uiksss dahsyat betul sampai pecah cermin??? Tak pernah lagi dalam sejarah hidup sampai macam tu sekali, tapi part lama depan cermin walau nak ke mana saja tu memang setuju la...Sebab akak ni kalau "part" bersiap memang lama...Tak taulah esok kalau ada anak macam mana ni,memang nak kena cergas bila ada anak, tak boleh nak terbelek2 lama sangat depan cermin... Hik hik hik... "betterhalf" saya dah maklum sangat tentang masa yang saya ambil bersiap kalau nak keluar... walaupun nak keluar dekat2.... sok sok anak nak menyusu menangis bergegar satu rumah pula.... baiklah belajar kurang2kan duduk mengadap cermin bersiap lama2 ye tak? 

Fakta #3: Perempuan Bergambar
Ini yang paling menarik sebab perempuan bila nampak cermin mulalah sibuk nak ambik gambar. Itu memang dah kebiasaan sebab perempuan merupakan golongan yang cantik. Lelaki sila terima fakta ini. haha.

Komen: Tak adalah macam tu sangat tapi ada jugalah gambar depan cermin... he he he...cumanya kalau sebelum bergambar tu memang cari cermin nak "touch up" ke nak betulkan apa2 yang patut dibetulkan ke? 

Fakta #4: Perempuan dan Kandungan "Handbag"
Jika "uols" nak tau dalam setiap "handbag" kebanyakkan perempuan mesti ada terselit satu cermin. Tidak kira cermin "compact powder" ataupun cermin tambahan.

Komen: Sejujurnya "compact powder" tu memang mungkin lah kan? Tapi cermin tambahan tu tak ada sampai "to that extent"....muahahaha...melampau "mirror freak" ko.... 

Dari fakta2 di atas, saya nak jawab satu jer, sebenarnya perempuan ni suka sangat dengan cermin sebabnya perempuan ni mementingkan ketrampilan diri lah abang2... nak kelihatan kemas dan teratur... (bagi wanita yang tak suka kelihatan selekeh yer....hu hu hu).... "how you represent yourself is important" ok??? Disebabkan nak pastikan keadaan diri kemas dan teratur serta tak ada sesuatu yang lucu yang boleh buatkan orang gelakkan "weollss"....sebab tu suka dengan cermin.... jadi kalau ada apa2 yang diperlukan utnuk dibetulkan, kami betulkanlah.... ha ha ha... 

*Ala...orang lelaki pun lebih kurang jer zaman sekarang ni...pantang nampak atau jumpa cermin juga...lebih2 jenis yang "metroseksual"... la la la la.... *_^ 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pantang Jumpa Cermin??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 19, 2013.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

29 comments:

  1. boleh kot guna ayat perempuan dan cermin tak dapat dipisahkan..
    setuju dengan fakta di atas tu farah..

    ReplyDelete
  2. Kesimpulannya, perempuan dan cermin memang selalu melekatlah.. Hehe

    ReplyDelete
  3. SALAM KAK FARAH. BAGI LELAKI MACAM ADEQ TENGOK CERMIN BILA NAK CUKUR JANGGUT JE. HE..HE..HE..

    ReplyDelete
  4. betul tu..perempuan dan cermin memang tak bole dipisahkan hehehe..sy cermin mini sentiasa ada dalam beg :)

    ReplyDelete
  5. hehehe betul tu bubbly...pompuan dgn cermin mmg tak dpt dipisahkan..umi pun kekadang depan cermin mmg abis menilik setiap sudut ekekeke :)

    ReplyDelete
  6. well tb dkt mane2 mmg kne ade cermin..kt opis sebelah pc pn lex cermin tau hehe..sng before issue ape2 betul2kn dulu tudung hehe

    ReplyDelete
  7. mestilah lama bersiap.. nama pun pmpuan... dia pasti nk yg terbaik sebelum kuar dan jnjalan kn..

    ReplyDelete
  8. ahaha..mmg pn, mesti nak tgk jgk bila jmpa cermin. tmbah2 kt kedai kain, mmg bnyk la cermin kannn =)

    ReplyDelete
  9. hehehe tpi KA pulak paling x suka tgk cermin !

    ReplyDelete
  10. wanita always nak jaga penampilan..hehehe..tu yang suka tengok cermin..:)

    ReplyDelete
  11. tak semua info kat atas tu brlaku pd dri husna.. bg husna ckup lah tgk skali je cermin lpas tu, klau jumpa lg cermin kira bonus nak touch up apa yg patut.. =)

    member husna ada yg jenis mcm ni.. dlm beg dy bukan cermin compact powder tp cermin kecil buat perbetul tudung.. memang setiap kali kalau berjalan pastu duduk, time dduk tu la dya akan double check.. hahahaha..

    ReplyDelete
  12. setuju kak. pernah jalan sebelah kereta, berhenti dok betulkan tudung. tak perasan dalam ada orang. maluuu :p

    ReplyDelete
  13. sbb rajin bertandang.. kita masukkan dalam rakan blogger bukan sekadar blog :-)

    ReplyDelete
  14. Okje mmg setuju... perempuan dan cermin mmg tak boleh dipisahkan hehe...sebab diri sendiri pun cenggitu hoho...Alah lelaki pun sesekali meroyan gak depan cermin

    ReplyDelete
  15. tak nak comment lebih :) tapi setuju!!

    ReplyDelete
  16. hehehehhe mmg ada simpan cermin kecik dlm handbeg

    ReplyDelete
  17. dulu time stdy memang tdk lari dengan cerminnya segala..hahaha...tapi skrng ni sllu tngok cermin kalau bangun tidur..mcm kewajipan sudah kot..hahah..

    ReplyDelete
  18. Selalu buat..self conscious Farah..he..he

    ReplyDelete
  19. kembar wanita yang paling penting tu....hihihi

    ReplyDelete
  20. "mirror freak"

    have to agreed -__-''

    ReplyDelete
  21. macam cantik jer...macam comel jer...itu ler perempuan kalau tengok cermin...

    ReplyDelete
  22. perempuan dgn cermin mmg tak dapat dipisahkan.. tak tengok lama2, jeling sesaat dua pun cukup.. hehe

    ReplyDelete
  23. setuju.. kalo jln2 jgn kata cermin... yg boleh nmpk diri kite dlm tu pun mesti nk pndg.. hahhahaa...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia