Home » , , , , , , , , , » MasterChef Malaysia All Stars

MasterChef Malaysia All Stars

Source Extracted from Google
Selesai sudah AF2013 yang mana akak tak adalah fanatik mana pun tengok "uols"...Ahakss...cuma melayan mama tercinta yang suka bangat tengok rancangan realiti tu... "Personal point of view" sendiri... bosan dah melayan "reality singing show" macam AF ni... bukan apa, kalau dilihat banyak sangat propa dan gimiknya... tapi kannnn...dalam tak fanatik tu, layan juga dalam terpaksa demi ibu tercinta...wakakakaka...bila dah layan demi terpaksa tu... apa lagi, tiba2 terjebak emo sekali "uols"...wakakaka.... Tapi "honestly" cakap, kalau tak tengok AF2013 pun tak apa kot??? Entahlah... rasa cam buang masa jer tengok... ooopss ini pendapat peribadi tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah pergi ke alam barzakh... mungkin kurang berkenan sesuatulah tu pada pandangan peribadi Cik Puan Bubbly... hu hu hu...dan apakah itu? biarlah rahsia... (akak kan suka main rahsia2 ni.... tak suka nak "open2" sangat...muahahaha)....

Dah habis AF2013 apa lagi rancangan menarik atau pengganti kepada slot ini??? Jeng jeng jeng...rasanya ramai juga yang dah tahu kot? MasterChef Malaysia All Stars... Yang mana dalam rancangan ni, kalau ikut "advertisement" dia, seramai 10 selebriti popular dan 10 bekas peserta kegemaran musim terdahulu yang tak menang datang bertanding kembali. 

MasterChef Malaysia All Stars ni akan disiarkan setiap Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam bermula 23 November 2013 secara eksklusif menerusi saluran 104 di Astro Ria dan siaran serentak di Maya HD saluran 135. Konsep dengan format samalah macam musim sebelum ni.... 

Tema kali ni, "Hidangan Pembalasan"...wah macam nak balas dendam sebab kalah dulu "uols"... dan 3 juri biasalah iaitu Chef Johari Edrus, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran. 10 peserta selebriti yang kembali adalah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie dan Enot. 

Manakala 10 peserta bekas MasterChef Malaysia ialah Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah. 

Peminat2 MasterChef mesti seronok, gembira dan melekat lagi ni. Samalah dengan mama tu... huwaaaa...jawabnya memang tak boleh tengok "channel" lainlah ni...tapi MasterChef ni akak minat "uols" tak apa sebab "concern" dengan masak2...akak kan minat memasak...ihiksss.... cuma ada sorang tu jerlah peserta yang mungkin akan tak berapa berminat dan berkenan nak nengoknya...tapi layankan ajerlah...hik hik hik... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel MasterChef Malaysia All Stars, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, November 18, 2013.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

21 comments:

  1. I tak sabaq nak tgk gelagat si AA.. x sabar bukan minat okeh.. tak sabar nak kutuk dia muahahahaha

    ReplyDelete
  2. MIL tak minat tengok masak masak nie..jadi hampa sudah nak tengok Masterchef all stars nie..Tapi kekadang tu ajak jugak dia tengok...

    ReplyDelete
  3. 23 Nov ye? hrmm..kalau bini sy tau ni mesti tak lepas remote stro tu haha..

    ReplyDelete
  4. aduii AA ade mst sibuk ngn bulu2 pink die kt leher tuh...semak aje

    ReplyDelete
  5. hahaha.. sape yang Farah x minat nak enngok tu.. cer citer.. heeee

    ReplyDelete
  6. eheh masterchef nk ada.suka-3 hehe

    ReplyDelete
  7. fiza pun suke MC.. cume tak suke bile time dorg ngumpat2 nk menjatuhkan org.. tp biasela kan realiti tv..

    ReplyDelete
  8. @ZazaMyMoon

    ha ha ha, dialah yang i maksudkan yang i kurang berkenan tu babe...lepas ni memang jadi bahan What's App kita lah ni...

    ReplyDelete
  9. @Kisah Si Dairy

    akak pujuk2 manja kak ajak dia tengok rancangan ni... he he he...

    ReplyDelete
  10. @tenku butang

    teman tak minat dengan AA, takut jugak nak tengok sebab tak minat takut terkenan pulak kat anak... wakakakaka...

    ReplyDelete
  11. @Hafiza AizZawa

    part ngumpat2 tu sangat tak sihat, tak patut diamalkan pun dalam rancangan tu, cakap apa orang kata biar berpada...

    ReplyDelete
  12. cik nor tak sabar nak tgk che lah masak..:)

    ReplyDelete
  13. masterchef malaysia sangat drama.bosan.

    ReplyDelete
  14. Masterchef ni ganti AF yeh....
    AF tu walaupun Okje kurang suka tapi layanlah jugak tiap minggu hehe

    ReplyDelete
  15. tak sabar gak nak tgk nih.... ada michael ang.. mesti over kalau dia berlawan mulut dgn AA... hahah....

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia