Antara LSCS, BedRest, Placenta Previa & Suntikan Dexa...

Farah Waheda Wahid
35
Source Extracted from Google
Kalau nak tau lebih lanjut tentang LSCS secara ringkas apa yang saya boleh beritahu adalah "Lower Section Caesarean Surgery" yang mana secara automatiknya "uols" boleh agak jika dikaitkan dengan gambar di atas adalah kelahiran secara "caesarean"... ^_^ (dalam hati, syabas Cik Puan Bubbly anda masih mampu tersenyum)... Kalau nak tau lebih lanjut tentang "BedRest" sedikit sebanyak ceritanya dalam entri INI dan pengakuan jujur ikhlas sebenarnya dah 2 minggu saya MC dan duduk di rumah yer "uols"... sebab??? sabar nanti sambung tak habis lagi cerita ni.... Kalau nak cerita tentang Placenta Previa, cerita lengkap dalam entri INI... Kalau nak cerita tentang Suntikan Dexa, memang kalau "uols follow" Bubblynotes dah 2-3 hari ni saya bercerita tentang itu di entri INI, INI dan juga entri pertama pagi tadi...

Ok masuk kita kepada cerita sepenuhnya... seperti biasa setiap bulan memang akan pergi "monthly maternity check up" jadinya pada 7 November 2013 yang lalu, saya telah bercuti untuk "purpose" ini sambil ditemani oleh suami. Dan untuk "monthly maternity check up" pada usia kandungan 34 minggu "plus plus"...(heee tak menghingat berapa hari) salah satu perkara penting yang perlu disemak adalah kedudukan plasenta a.k.a. uri... Sebab sebelumnya kedudukan plasenta tu agak tidak memberangsangkan dan tidak cantik terletak pada tempat yang sepatutnya... bila diperiksa oleh "my gynae" ternyata kedudukan plasenta tu masih tidak naik ke tempat di mana ia sepatutnya berada dan terus "my gynae explain" apa risiko dan juga apa kesannya... masih terngiang2 kot masa tu "my gynae" kata ... "you cannot work girl, you must rest and the risk of bleeding is there"... Saya disahkan sebagai "patient" Plasenta Previa tahap 2... yang mana keadaan sebenar adalah di mana plasenta atau uri tu menutup laluan pintu rahim... Saya diberikan MC dan telah dilarang sekeras2nya untuk memandu kereta, pergi kerja dan buat kerja2 rumah...sebab masa ni kandungan masih 34 minggu dan takut kalau baby keluar tak cukup minggu dan bulan jadi "premature" dan apa yang boleh terjadi adalah... "torrential bleeding" pada mummy Bubbly Baby iaitu pendarahan secara serius serta banyak yang tidak akan berhenti yang akan membahayakan nyawa... dan juga Bubbly Baby juga akan kehilangan banyak darah iaitu separuh dari jumlah darah yang sepatutnya yang boleh membahayakan nyawa juga.  Dan sekiranya Bubbly Baby keluar dari "tummy" mummy, risiko pernafasan atau "breathing problem" akan berlaku pada Bubbly Baby.

Abang kepada "my gynae" iaitu "medical director" kepada hospital yang terbabit mencadangkan saya untuk buka rekod di Hospital Sg.Buloh sebagai "back up plan" sekiranya berlaku apa2, hamik ko sampai 2 orang doktor pakar bagi nasihat, mentang2lah kawan kan??? Sebab sekiranya berlaku pendarahan iaitu "torrential bleeding", mereka akan terus rujuk kes saya ke Hospital Sg. Buloh demi menyelamatkan nyawa kedua2nya... lagipun bila memikirkan saya sentiasa bersendirian tanpa suami di sisi yang memenuhi tanggungjawab lain yang lebih penting dan tinggal dengan mama saja yang tak pandai memandu yang mana papa sibuk bekerja "shift" sebagai "security guard"... adalah sangat penting khidmat ambulan ni dan khidmat pakar serta kelengkapan di Hospital Sg.Buloh untuk mengendalikan kes ini...jadinya pada 12 November 2013 sekali lagi suami telah menemani saya ke Hospital Sg. Buloh untuk membuka rekod... 

Selepas pada itu, pada hari Khamis 14 November 2013, saya tanpa ditemani suami telah sekali lagi berjumpa dengan "my gynae" untuk "follow up check up" ... masa ni memang mengaku ambil risiko untuk "drive" sendiri pergi walaupun doktor dah tegah kan??? Habis tu nak buat macam mana??? Demi Bubbly Baby...takkan suami 24/7 nak berkepit dengan kita, dia pun kena kerja dan ada tanggungjawab lain juga... jadi nak tak nak memang kena jadi "survivor"... saya memandu sendiri...perghh, nasib baik dirahsiakan dari "my gynae" kalau tak memang teruk kena...kalau ikut2kan memang nak kena "admit" dan "bed rest" kat hospital dan Hospital Sg. Buloh tu dah nak tahan dah pun...tapi memang pilihan nak "my gynae" juga yang sambut Bubbly Baby, jadi seribu satu alasan saya berikan kepada Hospital Sg. Buloh sebab mereka masih terbuka dengan "option" untuk datang sekiranya berlaku apa2... kerana "my gynae" dah ada "plan" dia yang tersendiri dan dia nak bertanggungjawab ambil kes saya.... Pada 14 November 2013, sampel darah saya dah diambil 2 tabung sebab "my gynae" nak simpan dua paket darah di "medical centre" terbabit, sekiranya berlaku apa2 dah ada darah untuk dimasukkan.... ok... penjelasan dari "my gynae"...

Saya kena ikut cakap dia kalau sayang Bubbly Baby dan ikut setiap "step" dan nasihat dari dia supaya sama2 boleh selamat... kerja dah memang tentu cuti lah kan...MC... tak boleh drive langsung yang mana saya drive dan rahsiakan juga dari dia, I have too and I have no option, dalam hati tawakal kepada Allah SWT banyak2.... tak boleh buat household chores, kena bedrest, kena pastikan tak "bleeding" dan walau ada setitik "spot" darah pun sila cepat2 hubungan "mobile phone" dia dan datang terus ke "medical centre".... huh... ha lagi satu, jalan pun dah kena jalan macam orang dalam pantang "uols"... mendapat... tak apa, apa saja demi Bubbly Baby.... lepas tu memang kena ambil Suntikan Dexa untuk matangkan paru2 Bubbly Baby sebab "my gynae plan" untuk keluarkan Bubbly Baby pada usia kandungan 37 minggu, tujuannya... bila dikeluarkan pada usia 37 minggu, paru2 masih belum matang sepenuhnya dan risiko masalah pernafasan itu ada sebanyak 2% yang mana seboleh2nya "my gynae" nak kurangkan kepada 0.05% dengan Suntikan Dexa dan nanti bila Bubbly Baby dah keluar kena diletakkan dalam "incubator" selama semalam dan disalurkan dengan bantuan pernafasan oksigen...risiko jangkitan penyakit lain sekiranya didedahkan pun tinggi dan doktor kata memang perlu dielakkan sebab takut mengancam nyawa Bubbly Baby... Nampak tak??? Macam mana hati akak tak risau ko... 

Ha tu lah sebabnya kena ambil Suntikan Dexa tu dah 2 hari berturut2 ni... untuk Bubbly Baby mummy berjuang walaupun susah payah sendiri...siapa tak sayang anak oiii...yang penting segalanya selamat dan sempurna dan sihat... ^_^ dan Alhamdulilah tiada "bleeding" yang berlaku setakat ini walaupun mengambil risiko memandu sendiri untuk menyelesaikan segala urusan yang perlu diselesaikan "most of the time"... selagi boleh kayuh saya kayuh sendiri dan tak nak menyusahkan siapa2.... itulah sifat saya... tawakal dan doa pada Allah SWT sahaja.... Bila ada kesempatan suami akan temankan lah...dan saya "update" dari semasa ke semasa keadaan saya dan juga Bubbly Baby kepada suami... dan "my gynae" sendiri secara serius akan terangkan keadaan diri serta Bubbly Baby kepada suami.... 

Jadi untuk tak "drag" dan dedahkan kedua2 Bubbly Baby dan saya kepada risiko yang lebih tinggi, Bubbly Baby akan dikeluarkan dari "tummy" mummy secara LSCS pada usia 37 minggu iaitu pada minggu hadapan 26 November 2013... alaaaaa.... lewat 2 hari dari "birthday" mummy... ahaksss menyempat lagi tu.... 

*Sememangnya tak boleh bersalin secara normal sebab laluan pintu rahim tu tertutup dengan plasenta a.k.a. uri... dan sememangnya hospital jadi sahabat setia semenjak 2 minggu yang lepas... itulah cerita yang sebenarnya di sebalik entri2 yang akak "publish uols"...ada yang dapat meneka ke? cuma bayangan yang akak berikan sedikit komplikasi kan? dan "bedrest" kan... mungkin "uols" tak perasan... tapi itulah Cik Puan Bubbly, redha dengan setiap apa yang datang adanya... dan tak pernah merungut serta harungi juga apa yang terjadi dengan setabahnya dan tak adalah nak berkeluh kesah sangat sampai satu dunia tau kan??? Sebab itulah yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Allah SWT tahu apa yang terbaik buat setiap hambaNya... Sungguhpun banyak cabaran yang dilalui tetapi Alhamdulillah, masih mampu tersenyum sehingga ke hari ini... Terima kasih pada kawan2 yang banyak "support" dan beri kata2 semangat dan juga banyak membantu serta memahami keadaan diri ini yang agak "handicap" buat masa sekarang ni ....ahaksss... Alhamdulllah, Allah SWT juga memudahkan serta memelihara hambaNya ini lagi.... dan Alhamdulillah tiada "bleeding" yang berlaku...cuma perlu bertahan sehingga ke 26 November 2013 sahaja lagi  ni... Mudah2an segalanya berjalan dengan baik.... 

**Tanya juga dengan "my gynae" apakah sebabnya jadi "low lying marginal placenta" ni, dan dalam kes akak ni disebabkan keturunan, yup mama masa "preggy" kan saya dulu memang tak boleh jalan, jalan sikit "bleeding" jadinya dari usia kandungan 18 minggu sehingga dilahirkan pada tempoh kurang matang iaitu sebulan..."ai" lahir tak cukup bulan "uols"...mama memang duduk hospital dengan diawasi oleh "gynae" dia pada waktu tu di Hospital Besar Kuala Lumpur iaitu Dr. Hamid Arsat dan juga Dr. Oni.... dan lagi satu penyebabnya akak terlalu aktif bergerak semasa awal "pregnancy" sehingga ke saat2 ini... itu diakui...macam orang tak "pregnant" yer uols..."drive" berjam2 berhari2 tempuh trafik kat Federal Highway tu "spend" lebih dari 4 jam dalam kereta walaupun kereta auto kan??? pergi balik, kat "office" yang bergerak macam orang tak ngandung.... angkat itu angkat ini, pergi sana pergi sana sampai tak rehat langsung, tak "lunch" langsung... layan fiil Pink Panther... memang sangat "demanding" dan macam pembawakan budak pula Pink Panther sejak saya "preggy"... balik rumah kemas rumah, masak buat kerja rumah... phewww..hamik ko mendapat... ok "lesson learnt"...

*** Apa pun yang penting pada saya sekarang selamat dan sihat kedua2nya... itu yang saya fikirkan... ^_^ In Shaa Allah dengan izin Allah kan??? 

Post a Comment

35Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Allahuakbar! tak sangka pulak kisahnya begitu ye Farah. Takpela Farah, demi baby dan kebaikan tuk Farah maka inilah jalan terbaik yang doktor suggestkan tuk Farah dan baby.

    Kenit doakan semoga Farah selamat melahirkan baby dengan baik. Apapun kaedahnya, tak kisah kan asalkan akhirnya selamat buat kedua2 mummy dan baby. Be strong ok ... sikit je lagi nak tempuh ni (^_^).

    ReplyDelete
  2. Farah semoga semuanya selamat....seram pulak baca kisah ini....teringat semasa first pregnant dulu baby can't deliver terpaksa vacuum but can't deliver jugak lastly operation. One day kat labour room....sakitnya tuhan jer yang tahu...second pregnant terpaksa masuk ubat untuk deliver doktor suggest tak perlu oprt but tak boleh jugak....last oprt darah pulak jadi hal...kat Melaka tak der darah special ni...so terpaksa ambil dari KL....urgent...tunggu darah berhari-hari sampaikan once day dah suntik nak oprt tapi tak jadi....pasal tiada penderma darah A+ antibody...betapa bersyukurnya kita menjadi seorang perempuan yang melahirkan zuriat...be strong ...

    ReplyDelete
  3. Saja nak kongsi dengan akk...pengalaman kakak sy sendiri yg de sjrh uri kt bwah ttp laluan... Usia kndgn sma mcm akk pun msih uri kt bwah.. Akhirnya dia twakal... Hmpir2 juga doc nasihat suruh operate sbb xleh berslin norml..tpi dia besrh pd Allah... Dia buat solat hajat baca yassin... Alhamdulillah...kuasa Allah mngtasi sglanya...mggu ke36 tak silap sy...urinya ke tepi sikit kira x ttp laluan...alhamdulillah... Mggu ke 38 dia berslin normal... Tpi mcm akk la juga bedrest dan doc bg mc.. Sbb akk sy pun byk grk dan ngkt brg brt...

    Pnglmn sy uri kt bwah tpi...amalan scra istiqamah... Amalkan surah alInsyirah setiap hari 3x lepas solat dan usap pd perut ikut lawan jam... Mmg doa dan doa srta twakal... Alhmdulillah..naik ke tepi... Apa2 akk doa lah ea.. X kisah czer or normal asalkn dua2 slamat ea.. Tpi blum terlmbt utk terus memohon kpdNya... Dia Maha Berkuasa atas sgalanya....

    Sy doakan kedua2 selamat... Insha Allah...

    ReplyDelete
  4. insyaallah semuanya akan okay...amin...

    ReplyDelete
  5. apa2 pun I doakan adik divas I ni selamat melahirkan nnt yer.. be strong darling:)

    ReplyDelete
  6. semoga di permudahkan segala urusan
    byknya istilah2 yg qaseh xtau huhu bagus ada info ..

    ReplyDelete
  7. Take care farah...doakan yang terbaik...

    ReplyDelete
  8. Sya doakan farah dgn baby selamat..dan slmt ari lahitpr diucapkan..dapat tau dari blog sally :D

    ReplyDelete
  9. Farah... Hope you safely deliver your baby 26 nov.. I doa kan both you and baby selamat...
    I pon ade komplikasi both pregnancy... And this conplication will happen for every pregnancy.. Uwaa rase seriau nak pregnant lagi..
    Be strong.. And semoga sihat selalu!

    ReplyDelete
  10. good luck ya farah.. kak mia sentiasa doakan yang terbaikuntuk farah dan baby...

    ReplyDelete
  11. semoga dipemudahkan segalanya akak...:)

    ReplyDelete
  12. Semoga semuanya baik-baik. Banyakkan berdoa Kak Farra. IM doakan agar semuanya dipermudahkan. Aminn..

    ReplyDelete
  13. Mmg bahaya nih... Mmg Farah perlukan banyak2 rehat. Angkat stationary box pun tak boleh tau... Jaga kesihatan dan keselamatan ya Farah. Ikut je nasihat doktor. Moga dipermudahkan segalanya ya :)

    ReplyDelete
  14. kesian kak farah.. tapi apakan daya demi bubbly baby.. semua mendoakan agar kak farah dan bubbly baby selamat hendaknya. semoga dipermudahkan segala urusan. Take care, tak lama lagi tu 26hb.. Ramai yg tunggu bubbly baby ni. :)

    ReplyDelete
  15. mmg dugaan yea...
    harap bersabar utk anak yg bakal lahir nnti

    ReplyDelete
  16. @Kenit Cinonet

    terima kasih kenit atas dorongan, doa dan kata2 semangat...farah appreciate sangat..ha ah sikit sangat lagi ni... hu hu hu, semoga segalanya berakhir dengan baiklah hendaknya...

    ReplyDelete
  17. @Sukma Haron

    In Shaa Allah kak, Farah kuatkan semangat... terima kasih atas dorongan, doa dan support...

    ReplyDelete
  18. @Maria Firdz

    terima kasih maria di atas perkongsian, dan terima kasih di atas doa, dorongan dan juga kata2 semangat, akak hargai sangat... In Shaa Allah, dengan izin Allah SWT kan?

    ReplyDelete
  19. @SecretOfShaila

    terima kasih Shaila, In Shaa Allah, dengan izin Allah SWT...

    ReplyDelete
  20. @ZazaMyMoon

    terima kasih kak lang diva... I sayang you sangat2... you are one of the best plus the divasss...

    ReplyDelete
  21. @bibi yusof

    dear that's what doctor told me as well... i will get plasenta previa for my second pregnancy as well and if i pregnant for the 2nd time, the previa might be more serious... hurmm... kalau tak preggy lagi satu kesian kat anak ai nanti tak ada adik dan kawan, cause hubby and me dah discuss nak try out another one, tapi let's see how... hu hu hu...

    ReplyDelete
  22. @ieta

    In Shaa Allah kak ieta... thanks for the doa...

    ReplyDelete
  23. @aisya

    terharu akak dengan semua, dan akak sangat berterima kasih di atas doa, terima kasih pada aisya juga yer...

    ReplyDelete
  24. @zarena heeney

    ini semua bahagian yang patut diterima dengan redha, dugaan yang pastinya ada kemanisan nanti kan? Allah tahu apa yang terbaik buat setiap hambaNya, terima kasih Ena...

    ReplyDelete
  25. Kena ikut arahan doktor sampai kena bedrest sentiasa, tak boleh buat kerja rumah, oh my godness, baru julia tahu betapa seriusnya farah alami, tp kita sebagai naluri wanita mmg x suka nak susahkan sesiapa kan kalau boleh nak buat sendiri.

    Alhamdulilah, ash now dah big boy, Allah jaga dia

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !