Redha Ertinya Bahagia

Farah Waheda Wahid
20
Source Extracted from Google
"Review" entri yang seterusnya bagi pemenang SEGMEN: MY BEST ENTRY BUBBLYNOTES.COM adalah entri yang bertajuk Redha Ertinya Bahagia oleh Dayang Deno yang telah di- "post" pada 22 Ogos 2013.

Sedikit picisan dari entry yang telah di-"post" oleh Deno adalah...
"Tahun 2001: 

Semasa darjah 6... Suatu hari entah kenapa Deno sangat2 tertekan... Deno menangis je satu hari tu, tertekan yang melampau. Deno selalu menangis tanpa sebab...Sehinggalah pada satu hari Deno bertanya pada ma...

"Ma... kenapa Allah tak ambik je nyawa Deno masa Deno masuk ICU dulu...masa jantung Deno berhenti tu, kenapa Deno tak terus pergi? Biar Deno rehat... Deno dah tak larat nak tanggung semua ni..."

Keluar juga apa yang Deno pendam selama2 tahun Deno sakit...hanya Allah tahu betapa pilu dan sayunya Deno rasa, rasa tak tertanggung dengan sakit dan ujian Allah pada Deno. Deno tak tahan, Deno rasa tak kuat, Deno rasa lebih rela Allah ambil nyawa Deno...Deno nangis teresak2, basah lenjun baju...Rasa sedih sangat2, Deno peluk ma erat2...Deno masih ingat sampai sekarang kata2 ma... 

"Adik...setiap ujian Allah ada hikmahnya...cuba adik fikir, ada ramai kawan2 yang sakitnya lebih teruk daripada adik... ada kawan2 di luar sana yang tak ada mak ayah pun... adik ada ma, abah, kaklong, kakobi, kak ana...semua sayang adik...adik kena sabar banyak2" 

Bermula saat tu, Deno belajar untuk redha... Alhamdulillah Deno dapat terima dengan ikhlas sakit Deno ketika Deno berumur 12 tahun... :')"
Pada mereka2 yang sememangnya kenal dengan Deno di dalam dunia blogging ni, pastinya tahu yang Deno adalah penghidap penyakit Lupus / SLE yang kuat, tabah serta cekal orangnya... Senyuman yang manis sentiasa terukir di bibir Deno yang sememangnya comel itu... Jujur, Deno memang comel orangnya pada saya dan sangat sweet... Dan rupa Deno ni seakan2 anak buah saya yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ni... (ahakss...tuo tak den? anak buah dah nak ambil PMR dah...yang kat Uni pun ada sambung Degree in Pharmacy kat Cyberjaya)... sebab tu suka sangat tengok muka Deno... *_^... 

Dari entri yang Deno "publish" tentang Redha Ertinya Bahagia... semestinya kita dapat rasa perasaan Deno yang diuji oleh Allah SWT sebagai pesakit Lupus / SLE... Saya sendiri tak faham apa yang dimaksudkan dengan SLE dan tak tau macam mana rasanya Deno menghadapi penyakit tersebut. Tapi dari entri2 Deno yang sering saya baca, saya dapat rasakan dan mula faham apa yang ditanggung oleh Deno... 

Sebagai hamba Allah yang hidup di dunia ini, kita harus pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi. Sesungguhnya, terdapat segala hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku. Tak kira apa pun lah. Namun, tanpa kekuatan yang diberikan olehNya, kita mungkin tidak dapat mengharungi dengan mudah. Semuanya sudah diatur oleh Allah SWT untuk melihat sejauh mana keimanan kita terhadapNya. Berhijab, tutup aurat, solat tak pernah tinggal, bibir sentiasa berzikir nama Allah, sentiasa berdoa pada Allah dan mengadu padaNya memang sesuatu yang amat baik tapi sejauh manakah iman kita sebenarnya? Adakah kita betul2 beriman? Atau hanya menggunakan "window dressing technique"...Nampak seperti jernih, suci dan sempurna tapi tanpa kita sedari kita adalah sebaliknya... Itu yang kita tak mahu... Kita rasakan diri sempurna tanpa kita audit diri kita terlebih dahulu...

"Frankly", walaupun tidak menghidap apa2 penyakit seperti Deno, saya sendiri pernah merasakan apa yang Deno rasa di saat saya kecewa dan sedih dulu. Tetapi itu bukan alasan untuk kita menjadi lemah, malahan itulah puncanya saya menjadi lebih kuat untuk menghadapi dugaan2 mendatang. Allah menciptakan kita dengan kekuatan dan kelemahan kita masing2. Di saat Allah SWT memberikan kita kelemahan, di situlah Allah sisipkan kita kekuatan. "Trust me!". Kita cuma perlu berusaha untuk mencari kekuatan itu. Ada. Kekuatan itu ada di dalam seseorang yang bergelar manusia. 

Apa yang saya "experience" dan dapat saya simpulkan, tatkala kita merasa sedih, jangan takut. Merasa sedih itu biasa. Jika ada manusia yang tidak pernah merasa sedih, maka dia bukan manusia...betul tak???  Sedih dan merasa lemah adalah 2 perkara yang berbeza tetapi mereka amat berkait antara satu sama lain. Kerana kita merasa kecewa, kita akan bersedih. Bersedih terlalu lama dan enggan bangun dari kekecewaan yang kita alami, maka kita akan menjadi lemah. Lemah di sini merujuk kepada perasaan yang tidak yakin terhadap kemampuan diri sendiri. Kita selalu rasa rendah diri dan merasakan diri kita kurang dari orang lain.

Kita rasakan kita tak mampu nak jadi manusia yang dapat menandingi manusia yang lain. Takkkk... Manusia lain juga tidak hebat!!! Mereka tidak lahir dan terus menjadi hebat. Mereka berusaha untuk menjadi hebat. Jadi kenapa kita harus berfikir kita lemah dari manusia lain? Mereka juga manusia seperti kita, mempunyai kebolehan berfikir dan berdikari yang sama untuk memajukan taraf hidup masing2.

For sure banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini membuat kita bersedih dan kecewa. Satu perkara yang kita tahu sejak dari azali lagi, bersedih bukan bermakna kita lemah. Titisnya setiap airmata bukan bermaksud kita lemah. Allah jadikan setiap air mata itu dengan seribu satu kekuatan dan hikmah yang besar. Jadi jangan sesekali kita menangis untuk benda yang sia2. 

PASRAH VS REDHA

Pasrah itu berbeza dengan redha. Selagi kita berusaha, kita tidak lemah. Selagi kita berharap pada Allah dan berdoa kepada-Nya, kita tidak lemah. Allah memberikan kita kekuatan untuk bertahan di muka bumi ini, kenapa kita harus mengiktiraf diri kita lemah? Orang yang kuat mentalnya tidak akan sesekali mengiktiraf dirinya lemah dan mengaku kalah pada masalah yang dihadapinya. Kalamullah yang disebut dalam kitab-Nya yang agung yang bermaksud:

  "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". - Al-Baqarah: 286

Allah menghadiahkan musibah ke atas hamba-Nya sebagai tanda sayang, kerana Dia tahu hamba-Nya mampu untuk menyelesaikan setiap musibah yang diberikan. Setiap masalah yang ada di muka bumi ini ada jalan penyelesainnya, jika kita manusia berusaha mencari solusinya. Jika kita enggan menerima musibah daripada Allah, siapakah kita ini? Sedangkan nabi2 Allah, termasuk kekasih Allah Nabi Muhammad SAW juga menerima musibah yang hebat semasa hayat mereka. 

Berbalik kepada apa yang Deno katakan Redha Ertinya Bahagia... menerima dengan hati yang terbuka dan menganggapnya satu nikmat kehidupan... bersyukur kerana dilahirkan seorang Muslim dan merupakan pengikut kepada kekasih Allah SWT yang mulia... mungkin sedikit sebanyak dapat mengubat lara di hati...

Merasa lemah bukanlah sesuatu yang ditegah. Dengan merasa lemah, kita tahu di mana taraf kita sebagai manusia di muka bumi ini. Redha Ertinya Bahagia... Bahagia itu bermula dari hati yang bersih serta ikhlas. Memang bukan mudah kan? Tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan... Seperti Deno, yang tabah mengharungi hari2 bersama SLE... Kita juga perlu mencontohi ketabahan Deno... 

Buat Deno...doa akak untuk Deno...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Ya Allah panjangkanlah umur adikku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat...

*Sememangnya "review" ini agak panjang dan sekiranya "uols" nak membaca lanjutan entri Deno bolehlah "click" di SINI

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kadang2 akak sedih bila tengok entry deno tu..tapi akak tau dia seorang yang kuat dan tabah...kita sayang kan deno...

    ReplyDelete
  2. mmg perit.
    rasa penderitaan dan kagum ketabahannya face sle tu.
    sbb ada mebe sme penyakit mcm tu.

    sbarlah deno.
    kurang yg tu, lebih yg ni.
    yg bagusnya kurg kite prasan, lebih pun prsan

    kalau yg normal ni.
    ntah mne kurg ntah mne lebih :)

    ReplyDelete
  3. Redha,sabar, dan berusaha itu sudah sebati dalam kehidupan....selamat menabung.

    ReplyDelete
  4. dari adik deno pcl kenal LUPUS.., dgn doa dan harapan tinggi..semoga deno terus tabah menghadapinya. amin ya Allah.

    ReplyDelete
  5. hurm hannis faham apa itu redha... before this memang macam deno selalu pikir kenapa Allah x amik je hannis tapi bila fikir balik ini semua ujian ,Allah sayang hambanya sebab itu dia uji kita, kak farah hannis pun sama mcm deno hannis faham....

    ReplyDelete
  6. redha , setiap ujian ada hikmahnya , hannis faham...org yang diuji Allah ialah org yang dia sayang..... so besabarlah...

    ReplyDelete
  7. Deno?? Ya Allah! Selama ni blogwalking shakira tak tau pun. Ok kak thanks for this review... moga Deno tabah menghadapi segalanya..amin..

    ReplyDelete
  8. semoga sayang Deno hadapinya penuh tabah.......

    ReplyDelete
  9. sedih eh...laju-laju je lap aik mata...sensitif sikit part cam nie...semua adik deno cekal dan tabah dengan setiap ujian Allah....Allah maha mengetahui..sentiasa apa yang DIA datangkan pasti di gantikan dengan cahaya kenikmatan yang tiada tandingannya...sabarlah sayang...Allah maha menyayangi adik :)

    ReplyDelete
  10. redha akan ketentuannya...sememangnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. Semoga deno lebih tabah dan cekal dalam menghadapi hari-hari berikutnya. Banyak hikmah disebalik setiap kejadian. amin....

    ReplyDelete
  11. Semoga adik deno tabah.. jangan sesekali putus asa hidup dan mati di tangan tuhan.. sabarlah syg.. amin...

    ReplyDelete
  12. Semoga dia tabah dlam hidupnya. Sekurang-kurangnya bila dia buat blog, kita dapat pengetahuan dan dia juga dapat pahala..Amin

    ReplyDelete
  13. Terharu deno dengan entri review kakfarah.. terima kasih kak.. terima kasih juga kepada semua blogger yang mendoakan deno.. amin :) deno sayaaaaaang semua <3

    ReplyDelete
  14. Akak dh rasa apa yg deno rasa...mungkin bahagian akak ngan deno lain...apapun deno kena tabah dan redha..allah turunkan dugaan pada umat yg terpilih bkn beerti dia x syg...tp allah nk tgok kekuatan kita melawan dugaan....

    ReplyDelete
  15. selalu jugak baca blog kak deno ni.. Moga kak deno sentiasa tabah..

    ReplyDelete
  16. Mmg ikuti juga blog deno... Mmg beliau sorg yg tabah dan seorg yg redha... Seorg yg terpilih utk terima ujian Ilahi... Byk phala dia...

    ReplyDelete
  17. allah bg dugaan itu tandanya sayang .. kalau kita sentiasa redha dan ikhlas terima sure kita x akan mengeluh dan allah semakin sayang

    dia dan sesiapa sahaja di luar sana banyak menerima dugaan dari allah , sesungguhnya selagi kita bernyawa .. hanya dgn allah kita berserah segalanya ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !