Cendol Santan Kelapa Sawit

Farah Waheda Wahid
27

Tak berapa lama dulu, saya pernah "update" entry tentang SANTAN KELAPA SAWIT dan "my craving for it"... Itu lebih kurang pada awal June 2013... Jap kira... 3 bulan!!! Lepas 3 bulan baru dapat menjamah dan telah berjaya "influence" mama untuk mencuba. Ternyata mama pun suka!!! Lagi2 masa bulan Ramadhan hari tu... mama melayan rancangan Ketuk2 Ramadhan kat TV dan dia pun dah tau yang santan kelapa sawit ni boleh tahan antara 2-3 bulan kalau simpan dalam peti ais. Cumanya belum rezeki mama jer nak rasa makanan berasaskan santan kelapa sawit ni.

Alhamdulillah, rezeki junior dan nekma juga akhirnya untuk merasa cendol santan kelapa sawit ni last Saturday. Untuk mereka2 yang mungkin pernah terlepas membaca entry tentang santan kelapa sawit ni, bolehlah "click" di link yang saya bagi pada permulaan mukadimah "entry" ni tadi...Dalam "entry" tu ada contoh "brand" santan kelapa sawit yang dijual di pasaran yang boleh "uols" cuba cari kalau nak mencuba... Dan sekali lagi saya kongsikan dengan "uols" tentang kebaikan2 santan kelapa sawit ni... 

1. Santan kelapa sawit tahan lebih lama dan bebas kolestrol.

2. Menyihatkan dan sangat menjimatkan kos sebab penggunaannya separuh dari santan biasa.

3. Makanan yang dimasak bersama santan kelapa sawit tidak mudah rosak atau basi.

4. Jangka hayat boleh tahan selam 3 bulan tanpa pengawet sekiranya disimpan di bawah suhu 5 darjah Celcius.

5. Rendah lemak dan masakan juga enak.

6. Mengandungi kandungan nutrien yang tinggi.

7. Kaya dengan vitamin A dan E yang baik untuk penglihatan.

8. Melambatkan proses penuaan.

9. Mengurangkan risiko sakit jantung.

10. Baik untuk kulit.

11. Kebiasaannya lepas makan cendol atau nasi lemak, orang akan rasa mual dan mengantuk, tetapi tidak dengan santan kelapa sawit.

"Yummylicious!!!"... dan sangat puas hati sebab akhirnya dapat juga makan cendol santan kelapa sawit ni. "For now" dah tau dah kat mana nak cari cendol kelapa sawit ni kalau teringin... Tak perlu pergi jauh lagi... Dekat area rumah Cik Puan Bubbly pun ada juga yang meniaga cendol santan kelapa sawit ni... Muahahaha... siapa2 yang teringin tu, meh datang rumah Cik Puan Bubbly...lepas tu nanti Cik Puan Bubbly bawak "uols" pergi makan nak? *_^

Post a Comment

27Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Favorite kita ni farah..sedapkan rasa dia so different and tak rasa cepat mual..memang best

    ReplyDelete
  2. Baguslah kalau kolestrol rendah. Blh tahan lama plk tu..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah nampak lagi orang jual santan kelapa sawit tu kat kk atau aku yg tak jumpa...huhu nak juga test rasa dia...

    ReplyDelete
  4. eh, ada ek..? kelapa sawit buat minyak je...tp sally mmg hantu cendol! hahaha.. :D

    ReplyDelete
  5. produk nie bru tgh naik..mmg sesuai untuk yg pentingkan kesihatan..

    ReplyDelete
  6. sedapnya....tapi akak kurang sikit...makannya..

    ReplyDelete
  7. belum pernah rase lagi la...teringin pulak

    ReplyDelete
  8. mesti sedap tu kan..sy tak pernah lagi ni..

    ReplyDelete
  9. Pertama kali dgr santan kelapa sawit...warna macam santan kelapa jgk ke ni?

    ReplyDelete
  10. famili ada kebun kelapa sawit...tp xpena pulak...heeh mkn santannye...nk try lah hheh

    ReplyDelete
  11. tgk gmbar pon dah sedap..ni belum mkn lagi....

    ReplyDelete
  12. 1st time tau santan kelapa sawit ni...pernah beli minyak kelapa sawit time ekspo pertanian...tapi simpan sampai sekarang...tak pernah bukak pun botol minyak tu huhu

    ReplyDelete
  13. OHH first time tahu yang santan kelapa sawit lebih tahan . tapi mana nak carik kat kedai?? adew ke jual??? huhuhu..biasa santan kat kedai tu tak smpai sehari dah basi kan kak!! -_-

    ReplyDelete
  14. tak pernah makan lagi lah sayang...hihi...
    mesti sedap nie...boleh kurangkan kolesterol..hihi

    ReplyDelete
  15. first time sebenarnya sgr cendol santan kelapa sawit ni. hehe

    ReplyDelete
  16. nampak best jer nie..nyummm nyummm

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !