Teknik & Cara Meneran Ketika Bersalin

Farah Waheda Wahid
39
Source Extracted from Google
Fuyoohh...bila tengok movies, videos, website dan blog cerita pasal bersalin ni, kembang kempis nafas... Bukan setakat tu jer, bila dengar kawan2 bercerita lagilah... Yang sorang tu dok cakap kat saya... "Awakkkk...sakit wak...rasa macam nak mati!!!" dan yang sedap halwa telinga mendengar tu, "Bestlah bersalin, tak rasa apa pun... rasa macam nak bersalin lagi jer..."... Apa2 pun itu semua harus dilalui oleh setiap wanita yang berkahwin dan hamil ye tak? Pengalaman hidup yang sakit pada waktu tu tapi manis bila saat terpandang wajah baby...betul tak? ^_^... Takut atau tidak, kalau itu jalannya pasti kena tempuh juga... Sebab tu wanita ni kuat betul tak? Kalau orang lelaki yang melalui 9 bulan 9 hari dan merasa sakit bersalin tu, tak taulah, whether they could take it or not...^_^...eh bukan if tak silap dulu somewhere last year ada berita yang mengatakan ada alat simulator untuk bagi orang lelaki rasa sakit bersalin? Bagus jugak tu...heeeee... Bagi orang lelaki rasa sama macam mana rasanya...

Meneran? Pasti yang terbayang di benak ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasi cara meneran yang baik dan betul.

Waktu Mula Meneran
Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10 cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat
Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk peha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada di sebelah kiri ataupun kanan. 

Cara Meneran
Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta uols untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya uols dapat melihat perut uols.

Bagaimanapun, ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran 'di leher' dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang2 disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Teknik & Cara Meneran Semasa Bersalin 

1. Angkat kepala, dagu cecah dada.

2. Mata pandang perut.

3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali).

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat.

5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.

6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas uols. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas. Then sambung teran, tiap kontraksi try 3 kali. Time kontraksi je push sebab time tu baby pun gerak sama so jangan buang masa...ada kontraksi terus push macam cara2 kat atas tadi, tak ada kontraksi relaks...

7. Baca Bismillah, selawat.

8. Tips Tambahan: Kongsi tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan uols. Mungkin masa tu uols akan terlupa kerana sibuk tahan sakit...kawan saya cakap memang dah tak ingat apa dah kalau masa dalam labour room tu, taunya nak baby keluar cepat jer... Bila husband dah tau senanglah dia memberi panduan or buat apa2 yang patut kan? Lagi2 kalau husband tu dah ada experience few times before this... ^_^

*Tapiiii, kalau agak2 kena bersendirian berjuang dalam labour room pada waktu dan ketika itu, berselawat dan doa banyak2 pada Allah supaya segalanya dipermudahkan... In Shaa Allah... Akak2 dan abang2 yang dah ada experience dalam labour room tu...ada apa2 nak kongsi tak? *_^

Post a Comment

39Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. yang paling penting, hari2 sebelum beranak tu kna banyak berjalan kaki..itu senaman dan terbukti berkesan supaya senang melahirkan baby nanti.Kurang bergerak semasa mengandung menyukarkan proses bersalin :)

    ReplyDelete
  2. alamakk nervous plak nak baca entry ni...
    tapi berguna sangat entry ni, walaupon lagi 7 bulan lebih nak tempuh...uuuu takuttt...hehe

    ReplyDelete
  3. hmm takut pulak fae nak melahirkan haha -.-

    ReplyDelete
  4. Akak tak pernah attend kursus atau kelas untuk bersalin. Tapi, doktor kat spital gomen tu garang. Dia warning jangan keluarkan suara langsung. Giler lah akak patuh sebab takut. Dan memang betul, it was easy. Teran pun jangan buka mulut. Konsentrasi nafas mesti untuk pushkan baby keluar.

    ReplyDelete
  5. akak tengok pun takut da....ngeriiiii

    ReplyDelete
  6. wlpun sakit dan takut..itu la yg semua wanita nk rase dan patut rs..rugi rsnye klu x melaluinya..

    ReplyDelete
  7. Sy mcm akk gak stdy segala mcm sblum bersalin... Tpi bila time sakit bersalin..x ingt dh pe dibaca... Wktu tu ingt mati je.. Tapi susah atau sng bersalin kira mcm rezeki juga..berkait dgn amal dan dosa kita pd org sekeliling dan makhluk Allah yg lain... Hmpir berslin seeloknya byk kn solat taubat dan istighfar sebb bersalin disamakn dgn jihad fisabilillah...

    ReplyDelete
  8. selamat petang farah..memang takut tambah2 yg x da pengalaman....

    ReplyDelete
  9. lain kali kalau pregnant, usha blog akak je laa.... :)

    ReplyDelete
  10. anak 1st dulu..mmg k.el fail nak meneran..smpi doc nes ngan hb suh teran mcm nak berak..tiba2 boleh blur "eh caner eh teran nak berak..lupa lah" haha pas2kan k.el tarik nafas ikut mulut silap lagi..mmg fail anak pertama..pas2 cewahh bangga ok anak no.2 no. 3 dah terer meneran..tarik napas tiptop dok ngan nes puji weiii...2x push dah kuar bb..alhamdulilah pengalaman mengajar kita kehkehkehkeh

    meneran ok je..tp contraction tu auzubillah..seksaaa huhu

    ReplyDelete
  11. sambil baca sambil dok cuba teran... tapi anak ja xda dalam perut hehee. tq kak farah for sharing this ^_^

    ReplyDelete
  12. kak..good luck untuk sambut kelahiran baru nanti..insya-Allah semuanya selamat..:)

    ReplyDelete
  13. bila fkir baby-zuriat sendiri, rasa tak sabar je kan.. bila nak tmpuh sakit bersalin, rasa seram je..hehe
    apa2 pun, demi zuriat buat suami, tetap juga perlu berkorban.. :)

    ReplyDelete
  14. bila baby dah kuar semua sakit jadi hilang.......

    ReplyDelete
  15. no komen ler kak..
    hanya mampu membaca..
    hehe.

    ReplyDelete
  16. plg penting redha suami, relax , bykkan selawat, & jgn angkat punggung tu hehehe KA 3 kali ok ke, cuma lepas tu seksa menjaga bila anak2 berjaga malam hehehe

    ReplyDelete
  17. Sy baru je lps bsalin last Friday.hehe. sakit masa contraction je. Insyaallah takda apa2. Kena positif selalu. Time nk push tu kena push hbs mcm nk buang air besar. Hehehe.

    ReplyDelete
  18. Assalammualikum farah,

    baru tahu seksa dan susahnyer bersalin.. tp memang mselim3 x nafikan wanita adalah lebih gagah dan kuat berbanding bab situasi bersalin nie,,, mselim3 pernah teman isteri bersalin... sesiapa dah jd bapa.. teman isteri bersalin di lab.bersalin... nanti baru anda menghargai isteri tercinta.. mselim3 masa teman isteri bersalin... terharu dan sayang isteri..kerana sanggup bergadai nyawa demi melahirkan baby yang disayangi...

    mselim3

    pls: sebab tu besar dosa anak menderhaka pada ibu.. kan.

    ReplyDelete
  19. mama dulu, push sekuat hati... haha yang penting baby cepat,.. uii,, sakit farah.. bila dah keluar babynya.. lega.. hihi

    ReplyDelete
  20. ughh..saya la ni anytime soon. walaupun dah anak yg ketiga..masih nervous jugak.. btw, salam kenal.. :)

    ReplyDelete
  21. bykn mkn kurma ... inshaa Allah akan jadi mudah ...

    ReplyDelete
  22. kena ambil tahu nie, ilmu penting kena tahu untuk bakal isteri nanti ..thanks sharing kak

    ReplyDelete
  23. walaupon belum lagi berkahwin apetah nk bersalin tp tip nie mmg sgt bergune pada seorng wanita :).tq for sharing

    bw here :)
    jemput join ga nie :)

    http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/08/softly-shop-dress-giveaway.html
    dan
    http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/08/2nd-giveaway-by-ira-syiqin.html

    terima kasih byk2 ye :)

    ReplyDelete
  24. Time bersalin nih skit time contraction je...tp ble baby dh kuar semua skit tuh ilang..lega rasanya nak nak tgk muke baby kan...

    ReplyDelete
  25. salam,

    walaupun nak masuk anak ke-6 bersalin ni, sy still masih baca tips2 sebegini.. sbb takut terlupa.. ;)

    ReplyDelete
  26. aiyok, kawen pun tak lagi ni kak. haha

    ReplyDelete
  27. Tak pernah rasa meneran masa nak bersalin hehe...

    ReplyDelete
  28. Akk jenis yg lama sakit contraction dan lama ddk dlm lab room tu. Yg fes tu msk LR pkl 8 pkl 4.00 br deliver. Sakit dah berhari2. Yg no 2 tu 4 ke 5 jam gak dlm lab room br deliver. Sakit dr pagi. Pkl 9 br bb kluar. Yg no 3 tu pecah air ketuban pkl 12 hr sabtu bb keluar pkl 4 hr ahad. Tp bila tgk bb sume kesakitan tu hilang. Yg pntg bb selamat dan sihat dan sempurna. Bersalin adalah pebgalaman paling indah. X sume org dapat laluinya.

    ReplyDelete
  29. Erk...I still ingat sakitnya mcm mn...from 10pm sampai 5am baru baby kuar...byk jgk jahit...but it doesnt mean akak x nk bersalin lg...Hihihihi. ...

    ReplyDelete
  30. bila ingat2 detik2 bersalin..ya Allah fobianya,,=)

    ReplyDelete
  31. bila ingat balik saat itu, lucu pun ada sbb berkali2 doc ajar cara push yg betul baru la push dengan betul dan jayanya..hehe

    ReplyDelete
  32. Ya Allah lagi 2-3 hari je due date saya. Semoga mudahlah nak meneran. Nak kena suruh husband baca gak entry ni

    ReplyDelete
  33. Assalam.
    Thanks for sharing info ni. Bahasa mudah nak paham dan point tak meleret.
    Harap2 saya dapat praktikkan nanti.
    Doakan ye. :)

    ReplyDelete
  34. nice info...tpi bila dah sakit nak beranak nih, abis lupa segala tips. yg penting kena teran bagi baby keluar....hahahaha..

    ReplyDelete
  35. Thanks for info..sgt berguna..sy tgh tunggu hari..due 14.8.14 nervous jugak walaupun 2nd baby..

    ReplyDelete
  36. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Bersalin Dengan Lebih Mudah. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !