Movie: Paku Pontianak!!!

Farah Waheda Wahid
12
Source Extracted from Google
Movie ni tengah hangat ditayangkan di panggung dan frankly dalam hati teringin nak pergi layan movie ni, cumanya..tengah2 preggy ni, memang my mum x bagilah menonton filem seumpama ni kan? Kalau ada cerita2 unsur seram kat Astro pun, mama terus tukar channel lain... Hu hu hu, motifff? Ntah, saya x pernah nak tanya dan x pernah nak ambil port...muahahahaha.... Macam berani sangat jer kan nak tengok movie ni... kenyataannnya saya adalah seorang yang sangat PENAKUTTTTT... Serious tak tipu punya... Kalau tidur sorang mesti ada lampu tidur yang terpasang... kalau tak, memang tak boleh tidur... Kalau sorang ler... kalau berdua, bertiga occay jer kalau gelap pun...wakakakaka.... 

Sedikit sinopsis dari cerita Paku Pontianak yang dipetik dari SINI:

Selepas insiden Adam melanggar seorang gadis bernama Melati dengan keretanya, Adam dan keluarganya telah mengambil keputusan untuk menjaga Melati. Melati tersedar dari kemalangan tersebut sehari selepas kejadian itu dan tidak boleh mengingati apa2 pun melainkan nama beliau. Seri rasa terancam dengan kehadiran Melati kerana Seri selalu mengimpikan untuk menjadikan Adam sebagai suaminya. 

Setahun sudah berlalu, Melati masih tidak teringat apa2 pun tentang dirinya dan masih lagi tinggal bersama keluarga Adam. Fatima ibu kepada Adam telah mengambil keputusan untuk menyuruh Adam untuk berkahwin dengan Melati bagi mengelakkan orang mengata tentang keluarga mereka. Adam dan Melati pada ketika itu yang sudah saling menyimpan perasaan di antara satu sama lain, bersetuju dengan cadangan Fatima. 

Perkahwinan mereka telah menyebabkan Seri sangat kecewa dan berdendam, Seri bersumpah yang dia akan melakukan segalanya untuk merosakkan serta mengucar-kacirkan hidup Melati. Semenjak dari itu, perkahwinan Adam dan Melati bermasalah. Melati sering sakit dan dia selalu menjerit dan terkena histeria. 

Pak Leh, pakcik kepada Adam mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Melati. Pak Leh juga seolah2 telah dapat mengetahui apakah punca permasalahan antara Adam dan Melati yang sebenarnya. Satu hari, Adam terasa seperti ada satu bonjolan kecil di belakang leher Melati. Adam menyangka Seri adalah dalang di sebalik perkara itu tetapi Pak Leh menyatakan bahawa Melati sebenarnya adalah seorang PONTIANAK!!! Adakah Melati betul2 seorang PONTIANAK?? Atau adakah ianya disebabkan oleh Seri? Apa yang akan terjadi pada Adam? Kenalah tengok ye tak?

*Sangat intriguing and inviting tapi apakan daya kena simpan lah niat dan hajat tu, tengok kemudian2 ajerlah jawabnya ni... Tak nak ingkar pesanan dan arahan my mum...he he he...

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alamak ai!
    bes plak cte die ni ..
    nak p tgk MG xtgk wyg kak..uhu..
    kne tgu kaki movie upload bru leh tgk ni ..hihi :)

    ReplyDelete
  2. sabo...
    bli jer dvd nnti..
    kang ada plak lahir dalam panggung:p
    tgk poster pn dh seram ni..

    ReplyDelete
  3. CITER HANTU....mama kureng sikit, sebab mama penakut..

    ReplyDelete
  4. bet gak citer nie...tapi seram gak nak tengok...
    :)

    ReplyDelete
  5. hehe , jadinya akak ta nak ke tgk cite ni nanti ? tapikan , macam best jee . rase nak g tgk plak

    ReplyDelete
  6. Tak pe ikut je ckp orang tua
    ... ape pun jage diri baik baik tau untuk baby... jgn jadi macam saya....

    ReplyDelete
  7. sama la kak farah... farah pun penakut jugak.. tapi tetap nk tgk citer hantu.. =D

    ReplyDelete
  8. Huhu, akak mmg tak berani tgk cerita2 seram. Nnt mengigau... tak leh tidur. Nk ke toilet pun seram... Mmg sah2 penakut akak ni. hehe

    ReplyDelete
  9. aiza tak suka tengok cerita seram sebab aiza ni penakut..

    ReplyDelete
  10. oh no! berdasarkan tajuk filem ni, confirm la Ros takkan tengok.. hee.. jenis penakut..

    ReplyDelete
  11. suka tgk thriller dia kat tv....nampak menarik...serammmm

    ReplyDelete
  12. Lepas khwin dh jadi penakut sikit.. X minat tgk citer hntu... Suami sy sergah sikit pun dh nk gugur jntung.. Mudah terkejut.. Hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !