Blogging 101: Apa Yang Dikatakan Sebagai 'Niche' Blog?

Farah Waheda Wahid
29
Source Extracted from Google
Gulp! Telan ayaq liuq sat... eh, apasal pulak tetiba tajuk ni yang terlekat kat dalam kotak pemikiran ni nak dijadikan sebagai tajuk entry post kali ni... Hu hu hu... Alamaks... saya bukannya blogger besar dalam dunia blog...tapi tetiba boleh bran pulak nak buat tajuk cenggini kan? Hu hu hu... Tak apalah...cuba jer lah, hidup ni kena cari new challenge and adventure...baru mind boleh explore ye tak? So, tak adalah statik pada satu tempat or kawasan jer... Occay, saya cuba ek? *_^... Blogger2 otai, mentor, cikgu2, expertise...maafkan saya kalau ada yang kurang tepat atau tak betul... Kalau x betul tu... silalah Tunjuk Ajarku Sifu! He he he...

Mengikut pemahaman saya yang x berapa nak expert nih... (kalau cakap depan orang ni sure tunduk...ekekekeke...antara confident x confident)... Niche blog ni bermaksud tema blog atau kategori blog sendiri. Contohnya apa yang kita bincangkan di blog kita... as example, technology (comprise of gadgets, apps, software, etc), automobile (segala yang berkaitan dengan dunia automotive), fashion (everything about fashion from A to Z), parenting (hal2 keibu bapaan), and etc.... Erksss... apa niche Bubblynotes? Muahahaha... niche rojak? Boleh tak? dan kita tak akan post any other entry yang x berkaitan langsung dengan niche blog kita... Itulah yang dipanggil niche blog... 

Melalui research (perghhh...x menghingat tu...research bagai...) dari SINI ... ada 4 jenis niche blog berdasarkan pandangan John James Robinson dalam ebooknya The Authority Site Adsense Guide.

#1: Whole-niche
Adalah niche blog yang membahas seluruh jangkauan topik. Sebagai contoh, if blog uols tentang Blogger... so uols akan post entry2 tentang Blogger ajer...tak dak citer lain... bermula dari template Blogger, panduan Blogger, SEO Blogger...and etc...

#2: Broad-niche
Adalah niche yang tidak membahas keseluruhan topik, melainkan sebahagian besar topik... (erks...jap sendiri pun cuba nak fahamkan ayat ni...ekekekeke)... Contoh yang diberi: if blog uols niche-nya adalah Blogger, so blog uols dalam kategori broad-niche ni akan cover topic2 such as... macam mana blog boleh menghasilkan bling bling (duit), SEO untuk blogger, hinggalah ke monetize blog Blogger uols.

#3: Themed-niche
Adalah niche blog yang tertumpu pada satu topik tertentu saja. Misalnya, blog uols tentang Blogger...so entry2 uols sebenarnya tertumpu hanya pada golongan blogger aje...or blogger wanna be... 

#4: Micro-niche
Adalah niche blog yang sangat narrow dan ke arah yang detail... Contohnya, topic blog uols adalah tentang Blogger saja...so dalam micro-niche ni tak ada cerita lain,  melainkan tentang SEO ajer

Cam tu ler lebih kurang... hu hu hu...

Apa Yang Penting Sangat Dengan Niche? 

Terbaca di SINI

1. Blog kita tak akan jadi caca marba. So kita akan fokus untuk tulis tentang sesuatu topik. 

2. Pelawat yang datang adalah dalam golongan yang sekepala. So tak ada lah kes kalau nanti ada orang tak setuju or marah dengan tulisan kita, sebab blog kita memang tulis pasal benda tu je.

3. Senang jadi target advertiser.

4. Google suka bila kita selalu ulang2 keyword yang sama. (Oooo...ek?)

5. Merangsang pembentukan komuniti. Contohnya blog yang bercakap tentang homeschool akan menarik komuniti homeschool, blog penyusuan ibu akan menarik ibu2 menyusu, blog kereta menarik penggemar kereta dan sebagainya... 

6. Membina kredibiliti pemilik blog. Contohnya orang kenal Beautiful Nara sebagai penulis blog hiburan.

Niche blog x semestinya kena blog info semata2. Yang penting ia adalah bercakap tentang sesuatu topik yang khusus. Contohnya blog Anakku Sayang adalah blog perkongsian tentang pendidikan anak. Ia juga mengandungi cerita peribadi tapi x adalah cerita yang terlalu peribadi, etc. Hu hu hu...terbaca lagi...yang mana ada mengatakan...kebanyakan blog personal ni caca marba sebab kita tend to write semua benda yang ada di sekeliling kita, jadi takde nich di situ... (dalam hati, termasuklah Bubblynotes ni ha).

Kebaikan Niche? 

Dikatakan di SINI bahawa...

1. Blog kita akan di-ranking tertinggi oleh kebanyakan enjin carian disebabkan oleh artikel2 yang dikongsi itu memiliki keunikan.

2. Keyword2 yang kita gunakan mempunyai kekuatan untuk bersaing dengan sendirinya dengan mana2 pesaing jika ada tanpa kita perlu lakukan penambahan untuk memberi tekanan kepada mereka.

3. Informasi yang kita paparkan merupakan apa juga kemahiran yang mendalam dalam bidang atau niche kita tersebut menyebabkan kemahiran itu menjadi rujukan ramai orang yang memerlukannya.

4. Ada orang kata niche blog tidak akan menyebabkan pagerank meningkat, if kita build backlink dan linkout yang betul of course ler Akak Google akan melihat blog kita itu mempunyai authoriti yang tinggi. Jadi pagerank tidaklah menjadi masalah besar ke atas setiap niche blog. 

5. Jika uols nak jana pendapatan melalui blog dengan menggunakan agensi pengiklanan Adsense.com, niche blog merupakan satu kelebihan dalam memastikan optimasi pay per click. Di mana keyword atau niche tersebut akan membawa iklan2 yang berkaitan dengan niche keyword yang digunakan saja. Oleh itu, setiap klik akan mendatangkan hasil yang lebih tinggi berbanding blog yang tidak menumpukan kepada niche keyword.

Try Buat Niche Tapi Kurang/Tak Ada Sambutan Pun? 

Semuanya kena follow rule of thumb. Konsep dia sama sahaja as if kita jual/promo barang offline. Kalaulah kata kita jual baju paling cantik dan paling mahal dalam dunia, tapi orang tak beli sebab orang tak tau, boleh untung ke? Tulis blog pun walau bagus macam mana pun tapi orang tak tau, atau orang tak minat, orang takkan datang... hu hu hu... 

Tak Tau Nak Buat Niche Apa? 

First and foremost, ialah benda yang kita suka dan ada knowledge. Kalau memang expert lagi bagus. Why? Sebab kita membina kredibiliti sebagai penulis blog. Kalau kata kita nak tulis blog masakan, tapi kita langsung x tau masak dan x suka, dan buat semata2 sebab nak duit, susah sikit kot? 

Pas tu, kena kaji pulak demand. Kenalah buat research sikit untuk tengok boleh market ke tak...He he he... Karang jadi syok sendiri pulak... hu hu hu... 

Another thing, competitors pun kena perhati2 jugak. Example, kalau dah ada 1000 blog breastfeeding yang femes...agak2nya mampu ker kita nak berada di kalangan blog2 breastfeeding femes tu? So, kena cari unique selling point supaya orang datang blog kita... Kadang2 perlu jadi big fish in small pond daripada small fish in big pond... 

*Muahahaha....lepas bebel panjang2...sendiri pun tersedar dan terfikir...Bubblynotes? Apakah niche-nya? Setakat ni x ber-niche lagi kot...semua pun sumbat kat sini... dah nama pun Bubblynotes...and full of junkies of mine... Erks... ke Bubblynotes nak kena start carik niche ni? Alaa.... suka kot tulis rojak cenggini...Boleh x wujudkan niche-rojak...Ngeeeee.... ^_^

**Tu uols yang dah mula terfikir nak jadikan blog uols ada niche... selamat mencari dan menemui niche uols! Ai? he he he... mungkin susah sikit Bubblynotes nak ber-niche...tapi x taulah kot kot boleh kan...Nothing is Impossible... However, In Shaa Allah... another product (bluekkk...sila muntah) from Cik Puan Bubbly, ha blog yang tu memang ada 'niche'...but not now...Later... And later is when? Bukan dalam masa terdekat... panjang lagi...yang pastinya akan muncul jua... 

Post a Comment

29Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sama la akak..blog farah pn rojak jugak..farah tulis apa yg terlintas kat kepala nak tulis..hehehe
    btw nice sharing..;p

    ReplyDelete
  2. niche?? seriously kenit tak pernah dengaq lagi term ni. Niche tak tau nachos tau la hahaha :D

    ReplyDelete
  3. blog sya rojak then sy selesa ngn blog sya..haha...

    ReplyDelete
  4. owh.. gtu ek.. bru tahu... hehe.. blog sy blog rojak.. segala mak nenek ada.. hehe... apa yg rasa baik semua sy kongsikan... :)

    ReplyDelete
  5. mai pn xtau blog mai ni kategori mana..sbb mai tulis pe yg rasa nk dkongsi..hehe

    ReplyDelete
  6. emmm..sy pon blog niche tak menentu, sebenarnya lbh kpd ikut mood. haha..

    ReplyDelete
  7. blog fae pun mostly banyak merepek je hhaahhahaha

    ReplyDelete
  8. akak pun main sumbat jerk..apa terfikir nak diluahkan dan perlu untuk dikongsi..itu lah yang terhasil di blog...

    ReplyDelete
  9. blog ai is carca marba...boleh? kekekekeke

    ReplyDelete
  10. blog aiza pun takde niche juga.. menulis dan share apa yang aiza suka je.. hehe..

    ReplyDelete
  11. Same la..blog carca marba..nice sharing..baru tau pasal benda nie. ^^

    ReplyDelete
  12. blog saya blgo rojak kak..tapi most of my entries adalah related to my personal things. maklumlah, blogging ni sebagai hobi..so, memang takde niche bagai la jawabnya

    ReplyDelete
  13. info berguna nih..kena baca 2-3 kali baru betul2 paham

    ReplyDelete
  14. Blog akak is suka hsti mak jah je..apa yg ada duk pulun letak situ..sedang berusaha nk buat web page biz akak..now tgh ada new plan..dropship biz..hihi..

    ReplyDelete
  15. Perlu expert dalam bidang tertentu baru boleh buat kan. tapi blog i semua ade hahah..ikut suka hati je nak cite kuikui..harap ade la yg sudi saya bebel...

    ReplyDelete
  16. kat blog saya puntakde niche... main masuk je

    ReplyDelete
  17. Susah sebenarnya utk membuat blog ada niche ni...seringkali akan kekeringan idea. Lagi satu utk mendapat niche yg tersendiri amat sukar krn byk yg sama.
    Walau pun blog saya ada niche tapi kadang kala terpaksa juga buat entri yg tidak berkaitan. Mungkin satu masa nanti saya pun terpaksa tukar kpd niche rojak...hehe

    ReplyDelete
  18. blog KA bawah kategori rojak lah cenggitu hehehe

    ReplyDelete
  19. bace entry akak terfikir blog mcm mmmm....tp ada bgus jgk org yg sentiasa konsisten dgn niche dia ni...hidup ada matlamat la lbh kurang..hihihi :p

    ReplyDelete
  20. niche? hahaha. blog sha pun rojak juga. cakap apa yang terlintas then update. randomly lha kak. (:

    ReplyDelete
  21. niche ni senang je.... aku bagi contoh....

    kedai baju converse....

    so di dalam kedai tu cuma ada jual baju converse / 90% jualan adalah produk converse....

    sama juga dengan blog.... blog masakan... so resepi je yang admin akan post.....

    kenapa pandai pilih niche hehehe

    Senarai Blogger Malaysia Yang Cantik 2013
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/06/senarai-blogger-malaysia-yang-cantik.html

    ReplyDelete
  22. blog akak ada macam-macam niche...macam rojak...kalau naik satu niche akak kena buat satu blog lain...

    ReplyDelete
  23. kat malaysia ni ramai blogger lebih suka tak berniche...masing2 bebas...sebab apa? sebab kebanyakan blog2 tempatan pembacanya adalah rakan2 blogger yg blogwalking...kalau buat niche yang terlalu hardcore kang mahu termuntah diorg baca blog kita...huahuahua...

    tapi satu je la kelebihan bila blog ada niche....org akan menyelongkar entri2 lama sebab yg masuk ke blog tu dah sah2 la org yg berminat dgn niche tu kan....so pageview dari satu sesi lawatan tu akan byk...salah satu blog tempatan berbahasa melayu yg ada niche yg sy rasa hebat adalah blog Hasrul Hasan...

    ReplyDelete
  24. Hehe....ohhh gituuuu ( sambil melopong)... ni kisah masak...tak kisah masak kisah anak...haha apa kes pulak?

    ReplyDelete
  25. Errr ...deqla pun bkn blogger hebak so xnk la komen psl ni..kohkoh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !