1Aspirasi, 1Agenda

Farah Waheda Wahid
12
Source Extracted from Google
Umang ai...tajuk entry dah macam berpolitik pulak kan? Tapi bukan politik ek... Ini adalah tema bagi sambutan Hari Guru 2013 di Malaysia... heee...cikgu cikgi mesti dah femes ngan tema ni kan? 

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama iaitu 1956, Majlis Undang2 Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan2 Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of The Education Committee) sebagai dasar pelajaran negara. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 

3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah2 supaya peranan itu lebih berkesan.


Huraian 1Aspirasi
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai 6 aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1Aspirasi juga diterjemahkan kepada cita2 murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi. 

Huraian 1Agenda
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Diterbitkan olah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Buat guru2 yang pernah mengajar diri ini (ecehh...cam semua cikgu cikgi ai baca kan blog ai? wakakakaka)... Jasamu dikenang...Sungguh...Terima kasih kerana telah mendidik, mengajar serta membimbing saya selain dari ibu bapa saya sehingga saya menjadi saya pada hari ini... Tanpa uols...x mungkin saya boleh sampai ke tahap ini... Dan saya x pernah lupa pun kepada cikgu-cikgi yang telah banyak menaburkan jasa kepada saya dan juga anak2 bangsa yang lain di luar sana...

And to uols...yang bergelar cikgu cikgi...even though hari ni baru jer 15 May 2013, I wish uols in advance... Happy Teacher's Day! Perguruan adalah satu profession yang mulia...jadi pikullah amanah dan tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya... ^_^ 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. walaupun ain dah bergelar cikgu, tetap merasa diri ini tidak layak lagi untuk memikul amanah yang diberi utk mendidik anak bangsa kerana dii ini sendiri masih hingusan...

    ReplyDelete
  2. sungguh sy ketinggalan dlm bab2 tema hari2 tertentu nih.., kalu tanya spontan. .mmg garenti tak.leh jawab...apa lg sejarahnya. ok. skrg dah tau skit. tq farah...boleh soal ank lps nih..haaha.

    ReplyDelete
  3. tengah pening ni, nak bagi hadiah apa kat cecikgu bebudak tu.. bebudak ni pulak demand, semua cikgu dia nak bagi.. kempis dah poket mak ni..

    ReplyDelete
  4. esok yer hari nyer

    ReplyDelete
  5. Tema guru tahun ni terbaek :D selamat hari guru buat guru2 seluruh dunia.. ^_______^

    ReplyDelete
  6. pasti tugas cikgu2 sekarang makin berat kan..dunia dh maju..paham jelaa budak2..=/

    ReplyDelete
  7. selamat hari guru kpd semua guru2 di malaysia....

    ReplyDelete
  8. bukan mudah nak jadi cikgu.. besar pengorbanan mereka..selamat hari guru buat para guru sekalian... =)

    ReplyDelete
  9. Selamat hari guru buat semua cikgu di Malaysia.. kerja cikgu bukannya mudah kan.. memang patut kena wujudkan hari istimewa buat guru2 ni.. :)

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Guru untuk mereka yg bergelar guru!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !